Saturday, 28 July 2012 | 01:27 | 0 Atasinchi
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh :)HALU~HALU~ lama tak post benda baru..well budak hostel sekolahklusterkecemerlanganmaahadhamidiah mmg cenggini..kami rajin ..haha.
sebenaqnya post kali ni pasal ape eh ? pasal apa ya bu ? *indon ,pasal apa ya ? pasal tulang rusuklah..laa hang ni aina melalut je~ok sebenarnya tadi dok survey blog org lain..almaklumlah tgk blog aku..dahla daif..buruk tkde baju.(skin) sian dia..sian ye nnt kite cari baju baru untuk awk ye blog ? :P
Sebenarnya berumur 14 tahun ni aku selalu fikir siapalah tulang rusuk aku ? hensem ke tak ? tinggi ka pendek ? gemok ke kurus ? gelap ke cerah ? akhlaknya baik tak ? *eceh gatalnya aku....
Tapi tu normal k bagi org perempuan,
Tapi korg semua pun mesti fikir pasal ni bukan eden sorg jer..ha ha ha..*gila
tapi dalam mind aku sekarang mmg ada benda kat bawah ni :
Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.
Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.
Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.
Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.
Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.
ha amacam ? jiwang karat kan aku . Beselah nak meghenyam sat..haha
okelah sebanarnya taktau nak post apa..sbb tulah main post je benda nie ..
sebenarnya aku.memang.tak.tau.nak.cakap.apa.lagi.ok.bye. *malunya..tutup muka*
oh lupa exam next week *CHAIYOK CHAIYOK ! MAKAN MAGGI !